Monday, 18 July 2016

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL), salah sebuah institut latihan kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal. Bermula dari sebuah pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam beberapa bidang ketukangan tertentu seperti elektrikal, jurugegas, percetakan dan pertukangan kayu, ianya telah berkembang dengan pesatnya untuk menjadi salah sebuah institut latihan kemahiran awam yang terbesar.

Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlulah mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam pelbagai sektor. Kini institut ini menyediakan pelbagai progam latihan teknikal bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja mahir negara. Dengan kelengkapan moden dan terkini serta pengajar-pengajar yang mahir dan berpengalaman, institut ini telah berjaya mengorak langkah mengekalkan ciri-ciri latihan kemahiran / vokasional yang ulung.

Graduan dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dipelengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor perindustrian. Pengiktirafan kelayakan serta pengalaman yang diperolehi semasa latihan juga telah membantu mereka untuk meneruskan pengajian di peringakat yang lebih tinggi di Institut Latihan Tinggi JTM seperti JMTI, ADTEC dan juga lain-lain institusi pengajian tinggi di negara ini.

Sumber : http://www.ilpkl.gov.my

No comments:

Post a Comment