Monday, 18 July 2016

sistem penyejukan enjin jenis cecair

Sistem penyejukan enjin jenis cecair 

Sistem penyejukan adalah suatu bahagian yang penting dalam operasi sesebuah enjin. Tujuan utama sistem penyejukan adalah untuk memindahkan haba   hasil pembakaran dalam kebuk pembakaran pada sesebuah enjin dan pada masa yang sama juga berfungsi untuk mengekal suhu enjin pada tahap tertentu.

Sistem penyejukan cecair berfungsi untuk mengekalkan suhu enjin pada tahap yang optimum iaitu di antara 80°C hingga 90°C dengan mengawal pengaliran cecair penyejuk di dalam enjin. Kipas penyejuk berfungsi untuk menyejukkan cecair penyejuk di dalam penyinar (radiator) dan pam air (water pump) berfungsi untuk mengepam cecair penyejuk ke dalam blok dan kepala silinder.



Komponen-komponen yang terlibat dalam sistem penyejukan air adalah :-
i.Penyinar (radiator)
ii.Tukup penyinar (radiator cap)
iii.Kipas penyejuk (cooling fan)
iv.Tangki takungan (reservoir tank)
v.Pam cecair penyejuk (water pump)
vi.Thermostat
vii.Water jacket
viii.Radiator hose

No comments:

Post a Comment